Add Your Heading Text Here

SEJAK kebelakangan ini, sudah semakin ramai orang sedar akan kepentingan menyimpan emas. Malah emas bukan sahaja dijadikan sebagai aset simpanan yang kukuh tetapi juga menjadi sumber menjana pendapatan dengan hanya menyimpannya setiap bulan.

Disebabkan kesedaran masyarakat menyimpan emas begitu tinggi telah memberi ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mewujudkan pelbagai program emas termasuk ‘scam’ pelaburan emas digital dan kad simpanan emas, kononnya.

Menyedari hakikat itu, AFA International Sdn Bhd melalui sebuah komuniti yang dikenali sebagai TITANS Group mengorak langkah menganjurkan program Jelajah Emas TITANS (JET) ke seluruh negara bagi mendidik masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat sebenar berkaitan simpanan emas.

Tarmizi menunjukkan emas kepada audien yang hadir pada program Jelajah Emas TITANS di Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut pemimpin TITANS Group, Tarmizi Ibrahim, idea menganjurkan program Jelajah Emas TITANS adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang solusi ataupun kaedah penyelesaian terbaik bagi menghadapi masalah kenaikan harga barang.

“Ramai orang merungut pasal kenaikan harga barang tetapi apakah kaedah penyelesaian masalah ini? Mereka mengharapkan harga barang akan turun, tetapi ianya tidak berlaku. Yang berlaku adalah nilai duit sentiasa menurun. Langkah terbaik nak stabil kita kena tukar duit kepada emas fizikal.

“Bertitik-tolak dari rungutan orang ramai mengenai masalah kenaikan harga barangan itu, kita buat kempen kesedaran kenapa perlu simpan emas” katanya ketika ditemu bual SUKSES NEWS selepas berakhir pogram JET Nilai di hotel Hype Motorsports Nilai, Negeri Sembilan, 14 Julai lalu.

Program JET Nilai merupakan program kedua dari keseluruhan enam ‘venue’ JET yang dijadualkan berlangsung selama dua bulan bermula 7 Julai 2024 di Kajang. Empat lagi ‘venue’ JET yang bakal berlangsung iaitu JET Seremban 2 (21 Julai), JET Bentong (28 Julai), JET Klang (4 Ogos) dan berakhir di Grand JET Kuala Lumpur (11 Ogos) dengan sasaran kehadiran seramai 500 orang.

Menurutnya lagi, ramai orang tahu cerita kepentingan tukar emas ini tetapi tidak ramai yang betul-betul hendak ambil tahu secara mendalam tentang macam mana perjalanan menyimpan emas itu berlaku.

“Program JET ni kita hendak sampaikan maklumat kepada masyarakat tentang macam mana cara nak selamatkan nilai wang dengan menukar kepada emas. Dan yang paling ‘best’, macam mana dengan menyimpan emas sahaja kita boleh menjana pendapatan. Ada cara dan tekniknya yang kita dedahkan,” katanya.

Penerangan membuka minda audien tentang kepentingan menyimpan emas

Perkenalkan emas dapat komisen

Tarmizi berkata, program simpanan emas bersama syarikat pemasaran rangkaian (MLM) AFA International Sdn Bhd memberi peluang kepada sesiapa jua yang menyertai komuniti di bawah bimbingan TITANS Group untuk menjana pendapatan bermula dengan menyimpan emas.

Jelas beliau, syarikat memberi komisen kepada ahli komuniti yang memperkenalkan program simpanan emas kepada orang lain.

“Apabila ahli komuniti tolong perkenalkan emas kita dari mulut ke mulut kepada orang lain, syarikat akan beri komisen kepada pengenal. Apabila ada komisen, secara tidak langsung ia mencipta keinginan untuk cari pendapatan tambahan dengan bersandarkan produk emas.

“Belum ada mana-mana syarikat MLM di dunia yang mengetengahkan emas fizikal sebagai salah 1 produk sebaliknya kebanyakannya bergantung kepada produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri sahaja. Berbeza dengan AFA International, emas fizikal dijadikan sebagai salah satu ‘killer‘ produk, ” jelasnya lagi.

MLM pertama dunia dengan produk emas fizikal

Diakui terdapat banyak syarikat networking di pasaran sekarang tumbuh bagaikan cendawan sejak kebelakangan ini berikutan keadaan ekonomi semasa yang membuatkan masyarakat memilih networking sebagai perniagaan yang mudah diceburi disebabkan modal yang sangat kecil berbanding perniagaan-perniagaan yang lain.

Menurut Tarmizi, AFA International Sdn Bhd merupakan syarikat networking pertama di pasaran Malaysia dan juga dunia yang menggunakan emas fizikal sebagai salah satu produk di samping produk-produk lain.

Pertama di Malaysia dan di dunia produk emas fizikal dipasarkan melalui bisnes networking.

“Syarikat mempunyai banyak produk sebenarnya. Cuma syarikat keluarkan produk emas sebagai salah satu ‘ongoing promotional item’. TITANS Group lebih memberi tumpuan kepada produk emas sebab produk emas ini mudah untuk diniagakan. Lagipun nak cerita emas kepada masyarakat lebih mudah berbanding produk kesihatan, kecantikan dan produk-produk lain.”

“Kita ambil contoh produk kesihatan sebagai perbandingan. Kalau hendak terangkan tentang produk kesihatan, kita kena cerita tentang isi kandungannya, ada sijil halal ke tidak, ada KKM ke tak, kena buat demo produk dan yang paling penting nak kena tunjuk testimoni orang yang sudah guna produk yang berkesan. Sebab kalau tak tunjuk testimoni orang susah nak percaya produk itu bagus atau tidak.”

“Berbeza dengan produk emas, cerita dia mudah sahaja, kenapa kita perlu tukar duit kepada emas, kenapa kita perlu selamatkan duit dengan menyimpan emas? Kita hanya buat kempen kesedaran sahaja, tak perlu cerita tentang isi kandungan, testimoni dan sebagainya,” jelas beliau lagi.

Potensi bisnes emas

Bercakap mengenai potensi bisnes, Tarmizi berkata, ramai orang sudah tahu bahawa emas merupakan satu barang yang sangat bernilai. Tambahan pula, semakin ramai yang sudah ada kesedaran tentang kepentingan menyimpan emas bagi menyelamatkan nilai duit itu sendiri.

60 peserta yang hadir pada prgram Jelajah Emas TITANS Nilai di hotel Hype Motorsports Nilai, Negeri Sembilan mendengar penerangan Tarmizi.

“Cerita bisnes networking ni sama sahaja konsepnya. Bezanya dari segi produk. Kalau dulu you beli produk dari syarikat dan kena jual balik kepada pengguna lain baru you dapat untung, tetapi produk emas, you hanya beli dan simpan sahaja emas itu pun you dah dapat untung (jangka panjang).”

“Produk lain ada expired, tak jual memang rugi pasal dah keluar modal untuk beli. Beza produk emas, kalau tak jual tak rugi pasal tak ada expired, tambah pula harga emas sentiasa akan naik dalam jangka panjang. Jadi kelebihan produk emas ini, kalau jual untung, tak jual pun tetap dapat untung.

“Apabila orang dah tahu kelebihan emas dari segi potensinya memang sangat besar kerana ia melibatkan kewangan setiap orang. Kita ada cara macam mana nak selamatkan belanja hangus dengan jual beli emas. Belanja hangus ini di mana setiap bulan orang memang kena keluar duit untuk bayar kereta, bayar rumah, bil-bil, belanja barang dapur dan sebagainya.”

“Kita ajar you sebelum berbelanja untuk bayar komitmen bulanan, gunakan duit itu untuk beli emas terlebih dahulu. Kemudian, gunakan emas untuk dapatkan tunai dan lepas itu baru you boleh berbelanja untuk selesaikan komitmen bulanan.”

“Yang kedua, you cerita kebaikan emas dan ajak orang lain menyimpan emas melalui komuniti kami. Apabila orang lain sertai komuniti dan menyimpan emas, you yang kenalkan akan dapat komisen dari syarikat. Apabila orang yang you kenalkan itu juga turut berkempen dan mengajak orang lain menyimpan emas, you berpotensi untuk gandakan pendapatan dan simpan emas tiap-tiap bulan. Komisen meningkat, emas pun bertambah setiap bulan.

“Paling ‘best’ akhirnya you akan dapat simpanan emas yang banyak tanpa perlu keluarkan duit poket; seolah-olah you collect emas PERCUMA setiap bulan. Ini keunikan bisnes emas bersama kami,” kata beliau.

Bantu elak scam emas

Seorang lagi pemimpin perniagaan TITANS Group, Azaharuddin Awang Kechik yang mesra dipanggil sebagai Tok Abak menjelaskan, program Jelajah Emas TITANS juga bertujuan untuk membantu menyedarkan orang ramai daripada terjebak dengan scam pelaburan emas.

“Kita nak bantu mengelakkan isu scam di sisi masyarakat yang mana ada masyarakat tidak faham bisnes emas yang sebenar tetapi disebabkan cerita bulan dan bintang ramai juga yang percaya. Yang bukan emas pun orang anggap emas macam pelaburan emas digital dan beli kad RM10 dapat emas walhal emasnya bukan emas sebenar dan tidak wujud pun.

Tok Abak menerangkan program bisnes emas bersama AFA International Sdn Bhd

“Emas fizikal wajib boleh pegang, boleh keluarkan dari tempat simpanan (casing) dan sekiranya nak tau ketulenan emas tu, kita bawa ke ArRahnu dan check adakah ia emas sebenar. Sekiranya emas tu dah kena seal di atas kad, bagaimana kita nak tau dan yakin yang itu adalah emas? Komuniti kami betul-betul nak bagi kesedaran kepada masyarakat berkenaan ilmu emas ni. Tambah-tambah lagi emas ialah barang ribawi. Tersalah kendali bakal menyebabkan kita melanggar hukum Allah. Itu yang paling utama kita nak elak.”

“Beli emas sepatutnya dapat emas di tangan, bukan tunjuk angka digital. Jadi kita hendak sampaikan dan beri kefahaman kepada masyarakat bahawa duit beli emas hukumnya kena tukar dengan emas fizikal. Tak boleh tukar dengan janji, bayar sekarang dapat emas kemudian. Secara tidak langsung, kita hendak selamatkan orang ramai dari terus kena tipu dengan pelaburan emas,” ujarnya.

Kelebihan syarikat

Menyentuh tentang kelebihan syarikat, Tok Abak memberitahu, AFA International Sdn Bhd bukan setakat menjadi syarikat networking pertama di dunia yang mempunyai produk emas, malah pembekal kepada produk emas adalah pemilik syarikat AFA International sendiri yang mana beliau telahpun berkecimpung dalam industri emas selama 18 tahun dan sejak 4 tahun yang lalu beliau telahpun mengeluarkan jenama emas Fitrah Gold melalui syarikat beliau yang lain iaitu Shaz Niaga Enterprise.

“Banyak syarikat sebelum ini cuba hendak buat perniagaan networking dengan menggunakan produk emas tetapi mereka tidak ada emas untuk dijadikan sebagai produk sebaliknya mereka beli emas dengan pembekal emas pihak ketiga (third party).

“Berbeza dengan AFA International, pemilik syarikat adalah pemilik kepada jenama emas Fitrah Gold. Fitrah Gold adalah pembekal emas kepada AFA International. Bermakna, pemilik syarikat networking dengan pemilik syarikat emas adalah orang yang sama. Pembekal emas kepada syarikat sendiri, tidak timbul isu orang tengah, isu naik harga, masalah bekalan dan sebagainya. Ini kekuatan dan kelebihan syarikat AFA International,” jelasnya.

Peluang terawal

Menurut Tok Abak, AFA International Sdn Bhd menjalankan perniagaan berasaskan networking bermula pada November tahun lepas dengan memasarkan 12 jenis produk merangkumi makanan dan minuman kesihatan serta barangan penjagaan diri dan juga kenderaan.

Peserta program JET Nilai bergambar selepas selesai penerangan.

Katanya, produk emas baru tiga bulan berjalan di pasaran. Justeru ia memberi peluang kepada sesiapa juga yang berminat menjana pendapatan dengan menjadi ejen emas yang terawal. Stokis juga diperlukan di seluruh Malaysia.

“TITANS Group dah siapkan bahan-bahan kempen pemasaran seperti risalah dan flip chart presentation kit; untuk ejen dan stokis baru, siap dengan baju korporat. Sokongan dari segi penerangan juga disediakan setiap hari Rabu dan Sabtu di ibu pejabat untuk mendapatkan ilmu. Yang jauh dari ibu pejabat, kita boleh adakan ‘Zoom meeting’ dan sebagainya,” katanya lagi.