Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

admin

Tahu tak apa dia The Big Why

Salam sejahtera..

Aku rasa korang mesti pernah terdengar atau ternampak atau “ter” pegi seminar yang ada bercakap tentang The Big Why. Kalau dalam bahasa melayu dia ” Apakah yang mendorong anda tekad buat begitu..” hehehe.. lebih kurang gitu la maksudnya kan.

Big why ni selalu banyak ada dalam sessi motivasi, MLM, atau sekarang aku jumpa balik bila aku buat sales. Aku buat sales dengan Cuckoo. Takde gaji basic, ada komisen dan pasive income. Perlu ada BIG WHY.

BIG WHY ni gunanya utk push diri. Ianya mendefinasikan kenapa korang pergi kerja sungguh-sungguh setiap hari. Yang sungguh-sungguh saja tau. Kalau yang biasa2 kerja bertahun tu, yang tu ikut rat race jer sebenarnya. Lepas belajar orang semua kerja, kawen dan berfamili. So,, kita pun cari kerja, kawen dan berfamili. BIG WHY tidak apply disini.. Jika ada pun ianya impian, bukan BIG WHY. Sebab korang berada dalam Zon Selesa. Ianya musuh bagi BIG WHY. Jika korang dah rasa selesa, takde apa yang mendorong utk buat sesuatu dengan lebih gigih. Tiada.

BIG WHY apply bila korang kena berhenti kerja dan anak ada 11 orang, maka korang terdorong dan tekad untuk bekerja.. tak suruh pun korang akan pegi carik kerja. Bukan Zon Selesa lagi. Sebab korang tak sanggup apabila nanti salah sorang anak nak mintak makan pizza ko tak mampu bagi sebab ko ada RM3 jer dalam akaun bank, RM0.75 dalam poket. Sebab itulah ko paksa diri kerja dan paksa diri untuk jadi mampu. Maka anak ko tadi adalah ko punya BIG WHY.

Apa-apa pun yang mampu mendorong itu boleh jadi kita punya BIG WHY. Dan BIG WHY nih biasanya berlaku bila kita down. Bila kita rasa tak cukup. Bila kita rasa belum lagi mencapai KPI. Bila kita rasa penat, nak berhenti dan putus asa. Jika tiada BIG WHY dalam waktu begini, manusia akan putus asa dan hidup lebih derita mungkin bunuh diri. Nanti tangisan anak tidak diendahkan. Bila kesabaran sampai hadnya. Bila jiwa dah menyalahkan orang lain. Carilah BIG WHY korang.

Cuba korang carik apakah BIG WHY korang untuk waktu ini. Tuliskan apa dia.. dan gunakan lah sebagai pendorong untuk kita jadi hamba, manusia, ibubapa, adik, abang, sahabat yang lebih baik. Ianya tidak semestinya sesuatu yang terlalu Super Saiya Triple Galaksi Thanos pun, ianya mungkin sekadar tentang duit, mungkin hidup korang mmng susah.. tak salah BIG WHY nya begitu.. terpulang kepada korang. Jangan fikir terlalu besar. Nak panjat gunung memang kena melangkah dari kaki gunung (kecuali korang naik heli lah.). Mulakan dari BIG WHY yang small. Eh.. cemana pulak. hahaha.. maksud aku BIG WHY boleh berubah-ubah ikut suka korang. So.. tak kisah ada BIG WHY untuk 3 bulan. Dah capai sesuatu hasil, mungkin tukar BIG WHY lain. Asalkan hidup korang sentiasa “di pacu” oleh YOUR BIG WHY.. then its ok.

Serius,..

Allah ciptakan manusia sebenarnya suruh ikut fitrah manusia saja. Jadi jika belum sampai waktunya untuk korang fikir kenapa korang diciptakan ke dunia, maka stick with whats your BIG WHY for a week, a month, a house, or a vacation.. or even a glass of water (jual water filter kott.. kena la citer air jugak.. hahaha)

Di Cuckoopreneur -“When Your WHY is BIG Enough, I will Show You The HOW”

 

-Kayl Putra-

Dropship : Dropship Cuckoo?

Salam sejahtera.

Ramai yang tau pasal Dropship. Tapi ada ramai yang konfius, nak buat Dropship ni part time atau full time? Boleh ker sesiapa pun buat Dropship? Best ker buat Dropship nih? Adakah kerja Cuckoo ni sejenis Dropship?

Ok, bagi yang belum faham dropship nih boleh tengok carta kat bawah nih.

Dropship ni sebenarnya menjadikan kita macam jurujual. Kita peniaga. Kita promosikan produk company yang kita pilih. Iklan menjual kita yang buat, order kita yang ambik dan pelanggan bayar kepada kita. Kemudian, kita bayar ke company harga barang dan mintak company hantarkan barang ke alamat pelanggan. Kita dapat untung. TAPI kalau kita tak mengiklan atau menjual, maka takde la gaji. Kebiasaan nya gaji dropship kecik sebab kita jual barang2 yang harga rendah. Jadi komisen sikit maka kena fokus pada kuantiti. lebih banyak jual, lebih besar la income. Kelemahan.. ada dropshipper tak jujur, songlap duit customer dan hilang.

Kerja Cuckoo jugak lebih kurang macam Dropship, bezanya kita menjual barang yang mahal, jadi komisen tinggi. Tapi Cuckoo ni pelanggan boleh beli secara rental jugak. So.. takla susah jugak kita nak jual. Contoh model water filter King Top hanya RM75.50 jer sebulan. Jika menjual 10 unit barang sebulan, komisen yang kita terima sekitar RM4000 sebulan. Jadi sebab tu ramai yang memilih untuk buat kerja Cuckoo. Konsep menjual sama jer. Tapi company dah buat iklan besar-besaran  kat TV, Radio, Suratkhabar, papan iklan dan macam2 cara pengiklanan lain. Jadi kita boleh gunakan bahan yang dah dibayar oleh company untuk iklan di facebook atau sebagainya. Bagi yang kurang skill online, boleh juga dapatkan sale dari kedai2 Cuckoo (dipanggil BrandKiosk / BrandStore). Jadi anda sentiasa boleh dapat jualan dari mana-mana platform. Dropshipper Cuckoo tak amik ada apa2 bayaran tunai, so takde isu duit customer kena songlap. Pembelian adalah secara autodebit, kredit kad atau transfer.

Pemasangan, bayaran produk semua dibuat oleh Cuckoo. Tugas kita hanyalah mempromosi dan buat order untuk pelanggan, Bila customer dah pasang. Kita dikira dapat 1 jualan (sale). Buat 10 kali gitu dalam sebulan, maka ada gaji dah macam orang lain kerja sebulan. Kita kerja beberapa hari jer sebulan, dan beberapa jam jer promote dalam FB. Gaji Cuckoo dibayar bulanan dan ada payslip nya. Tak seperti Dropship biasa yang boleh dapat duit setiap masa. Tapi ada juga kaedah untuk dapat duit harian tapi yang ni saya hanya kongsikan dengan agent Cuckoo sahaja.

So.. buat Cuckoo nih lebih serius dan boleh dijadikan karier, tidak seperti Dropship biasa yang selalunya dijadikan side income dan selalunya tak tahan lama. Cuba tengok contoh diatas Fadzli Rosli, seorang Dropshipper yang dahulunya buat 100% online, setelah 3 tahun buat kerja Cuckoo. Hari ni dia adalah seorang Ketua Pengurus di Cuckoo. Pendapatan pun dari cuba2 buat duit poket, hari ni (Oktober 2018) gajinya dah jadi sekitar RM60k sebulan. Katanya dia sedang usahakan sasaran utk dapat RM100k sebulan pulak. Terbaik..!!

Kami team Cuckoopreneur adalah dibawah group besar Fadzli. (FRR- Fadzli Rosli Resorces). Mau sertai kami. Klik icon utk wassap..

Air RO vs Air Alkali

Air RO vs Air Alkali.

Baru-baru ni saya ada di brandstore Cuckoo di Ikano Power Centre (IPC) Kota Damansara. Ada seorang pelanggan bertanyakan saya tentang harga penapis air, sebab katanya nak tukar yg baru. Dia sudah 3 tahun memakai penapis air jenama XXXXX. Saya agak terkilan sebenarnya, bila saya tanyakan penapis air dirumah nya hasilkan air apa? Jawapan pelanggan tu “tak tau saya.. air bersihlah” katanya sambil senyum. Bila saya selidik lagi, pelanggan itu menggunakan penapis air yg menghasilkan air RO (Reverse Osmosis).

Saya sebenarnya tak berapa gemar nak membeza-bezakan produk penapis air dalam pasaran. Sebab rezeki masing-masing dah disediakan Tuhan. Tinggal kita nak usaha saja. Namun ada dikalangan ejen penjual penapis air atau water filter di Malaysia ini memberikan fakta yang salah dan memberikan info yang memesongkan (misguided). Perkara ini dilakukan demi untuk melariskan jualan produk mereka.

Jadi hari ini, biar saya nak sampaikan info tentang air RO (Reverse Osmosis) dan Air Alkali saja kepada anda. Tak kisahlah anda nak guna penapis air apa pun selepas ni. Asalkan anda tahu dan faham tentang 2 jenis air ini. Mari saya kongsikan…

1- Pertama sekali jika anda tidak bertanya lebih lanjut, maka penjual air penapis RO akan kata bahawa tapisan air RO adalah air paling baik dan paling bersih untuk anda minum. Hmmm.. seperti yang selalu saya katakan kepada pelanggan, air bersih tidak semestinya air sihat dan tidak semestinya terbaik. Ianya seperti buku latihan anak-anak disekolah. Buku latihan yang bersih, tidak ditulis apa-apa kelihatan baru. Adakah baru dan tidak bertulis itu bagus? Hehehe.. Saya pasti anda setuju kalau saya katakan buku yang ditulis penuh dengan latihan, tanda pangkah dan tanda betul itulah yang menunjukkan empunya buku latihan belajar setiap hari. Bukan begitu? Bersih dan nampak baru itu yang tak bagus.

Kiasan saja tu. Biar saya jelaskan bagi anda faham tentang air. Air yang diproses dari pusat takungan semulajadi itu pada asalnya mengandungi mineral dan juga bahan larut lain, termasuk pelbagai bendaasing, bakteria dan sebagainya. Untuk memastikan kebersihan air yg sampai ke paip rumah kita, kita perlu tapis air yg kita gunakan untuk minuman itu. Saya yakin tidak ada penghuni rumah yang bukak paip air terus minum kan? Paling tidak anda masak air dahulu. Anda masak air supaya semua kuman mati dan nak elak penyakit. Pada asasnya sebelum air disalurkan dari takungan utama kepada pengguna ,bahan seperti klorin digunakan untuk membunuh bacteria dan kuman. Ini untuk mengelakkan kita dijangkiti penyakit2 yang boleh membunuh. RO adalah kaedah di awal zaman dahulu yang digunakan untuk tapisan.

Teknik RO sebenarnya dicipta para saintis sebagai kaedah untuk membawa air ke angkasa lepas. Menghilangkan mineral dalam air lantas ini akan mengurangkan berat air. Jadi lebih ringan untuk dibawa ke angkasa. Penapisan air secara RO (reverse osmosis) akan menjadikan air paip anda 100% kosong. Tiada bahan terlarut. Anda mungkin ada bertanya? Dah tu takde khasiat ker dalam air tu? Takde khasiat bagus ke? Ejen penjual penapis RO akan kata “Kita tak perlu mineral dalam air, kita dapatkan mineral dari makanan, anda makan setiap hari kan? Jawapannya bunyi seperti logik. Hehehe.. Namun disini saya nak ingatkan, ada 2 perkara penting yang perlu anda tahu, pertama, kaedah reverse osmosis juga mengubah sifat air yang ditapis menjadi asidik. Tak percaya anda boleh test sendiri. Air RO akan berubah menjadi oren kemerahan jika diuji dengan pH tester.

Persekitaran yang bersifat sangat asidik tidak baik untuk badan manusia dan akan menjadi kawasan membiak serta pemangkin bagi banyak penyakit seperti kencing manis, osteoporosis, darah tinggi, malah kanser pun dalam jangka masa panjang.

Kedua, para angkasawan makanannya disediakan khas dengan khasiat2 tertentu jadi benarlah mineral seimbang mereka dapat dari makanan yg juga telah diperinci dalam bekalan yg disiapkan oleh saintis. Kita ni, makan nasik lemak, roti canai, kari kambing, burger, pizza, KFC dan apa saja yang lalu depan mata. Hehehe.. Adakah anda rasa makanan anda seimbang?. Dan tahukah anda yang 90% makanan yg biasa anda ambil seperti kopi, roti, daging, keju, pasta, coklat, teh, gula, ikan, telur dan banyak lagi adalah bersifat asidik? Tahukah anda kebanyakan makanan kita hari ini ditambah MSG dan diubahsuai secara genetik? Anda tahu berapa asidik kah makanan yg anda dah telan? Berapa banyakkah kawasan dalam badan anda yang sedang jadi sarang penyakit dipersekitaran berasid? Berapa banyak makanan beralkali yang anda perlukan untuk seimbangkan nya semula? Saya yakin anda tidak pasti, dan sekarang adakah ejen penapis RO yg mengatakan air RO adalah air terbaik untuk anda itu jujur mahukan anda sihat? Samada dia sendiri tidak tahu fakta atau dia tahu tetapi tidak mahu anda tahu.

Dan jika anda tanya padanya lagi adakah air RO ni asidik, dia akan kata “kalau nak ikutkan air soda macam Coke, Pepsi, semua air gas tu semua asidik. Habis elok je orang jual, orang beli minum je. Senang sahaja jawapan saya. Rokok 99% racun pun kerajaan bagi jual bro. Kita bagi ingat saja. Nak beli itu hak masing-masing. Lepas tu ada pulak ejen penapis RO yg kata “kat dalam perut kita kita pun ada asid, lagi la pH tinggi.. hidroklorik lagi”. Faktanya simple, memang ada asid dalam perut, tapi darah kita yg mengalir satu badan ni pH nya 7.36. Maknanya sedikit beralkali. Jadi untuk sihat, pH badan kita mesti dikekalkan pada persekitaran sedikit beralkali. Yg asid kat dalam perut tu ada fungsi tersendiri dan tak kacau department lain.. hehehe.

Jadi sekarang anda sudah tahu, air RO tidak bagus untuk kesihatan anda. Bagi yang dah terbeli penapis air RO saya nak jer kata “Cabut penapis air RO tu dan simpan dalam stor..beli water filter yang saya cadangkan.. hehehe” , tapi sebab saya baik hati, saya cadangkan anda alternatif, iaitu anda buat sedikit research dan mulakan diet yg sihat. Iaitu, untuk keseimbangan kesihatan badan pastikan anda masukkan sayuran dan buah-buahan dalam diet pemakanan anda sehari-hari. Kurangkan pemakanan yang bersifat asidik. Anda dah la minum air asidik, jangan lah tambah makanan yg berasidik pulak lagi. Hehehe..

Untuk makluman anda, 90% sayuran adalah bersifat alkali. Jadi nampak tak kenapa kita mesti banyak makan sayur? Untuk dapatkan kelebihan alkali dalam pemakanan, ini akan menyeimbangkan pemakanan kita yang lain yg kebanyakannya berasid. Bagi yang baru nak memilih, boleh tanya saya, penapis air apa yang baik untuk anda.
PM saya. Admin facebook.com/cuckoopreneur ,
akan datang, saya akan kongsikan pulak pasal air alkali yang semulajadi dan yang artificial. (ionizer)

Ohh.. ya, pada hari ini, syarikat pengeluar penapis air RO yang digunakan oleh pelanggan yg saya jumpa tu pun dah keluarkan model penapisnya yg hasilkan air alkali. Jadi dimanakah kebenaran kata-kata ejen tu tadi tentang air yang terbaik adalah air RO? Hehehe.. peace yo.!

SHARE kan posting ini jika anda rasa mereka yang disekeliling anda perlu tau info ini untuk bantu mereka memilih penapis air/water filter yang bagus untuk rumah mereka.

#cuckoopreneur
#nakbelipenapisair
#cuckooairsihat

BLOG

Page Blog masih dalam maintainence