HOME

Best ke best jadi agen Cuckoo?

Salam sejahtera.
Okla, memandangkan ramai yg tanya, dan ramai yg
salahfaham..

aku cerita sikit la
pasal kerja jadi agen Cuckoo nih..
Yang best dan tak bestnya.

Pertama yang korang kena tau, kerja Cuckoo ni
takde gaji basic.
Gaji korang adalah komisen dari menjual produk Cuckoo.
Tapi bestnya takde gaji basic ni adalah
potensi income takde had.

Contoh, kalau korang kerja ada gaji basic,
gitu jer la gaji korang untuk 6 bulan akan datang
ataupun 3 tahun akan datang.
Aku penah keja 15 tahun dengan company swasta.
Gaji aku paling tinggi adalah RM3200 sebulan jer.
15 tahun kerja tu..

Kalau gaji berdasarkan komisen ni, TAKDE HAD GAJI.
Kalau jual 10 unit dapat RM4k++ la katakan..
Boleh jer kalau korang rajin nak jual 30 unit.
Takde saper nak larang..
Ko nak jual 100 unit, silakan.

So.. gaji bulan tu kalau ko jual 30
adalah lebih kurang RM11k.
Setiap bulan kita sendiri yang tentukan nak gaji berapa..
Ada orang suka, ada juga yg tak minat cara income gini.

 

Kalau aku, aku suka cara nih..
Sebab aku boleh fully utilisekan skill yg aku ada,
dan dibayar setimpal usaha.

Ada makcik bawang kata..
Susah la Jah ko keje takde basic.
Kalau takde sale nanti ko tak bergaji..
Hehe..sebenarnya sama jer makcik..
Kalau anak makcik si Jah tu tak datang kerja..
Bos dia taknak bayar gaji gak makcik.

So..Sama jer kerja gaji tetap dengan gaji komisen.
Yang penting kerjanya dibuat.
Yang sana bos tentukan jadual kerja..
Yang sini kita tentukan sendiri cemana kita nak kerja.

Kalau la korang buat perangai, kerja hari2 buat sale
macam kerja tetap, mau RM20k gaji sebulan.
Ok kot?! Mau..? Sebab gaji korang berpotensi dapat

4 ANGKA, 5 ANGKA, atau 6 ANGKA…

Ok, tu dari segi gaji.

Sekarang dari segi aktvitinya pulak..
Kerja kat Cuckoo kan bebas..
So sukati aku la nak keja cemana..
Kadang2 aku suka buat online..
Menguji skill copywriting aku..
Jala sale dari online..

Kadang2 pulak aku layan offline..
Masuk slot duty jaga kedai Cuckoo.
Pun berhasil dapat sale sekitar 10-20 unit sebulan.
Aku jaga kedai Cuckoo ni aku carik yg dekat dengan rumah la. So aku takyah redah jem hari2..
Paling dekat ada kedai Cuckoo kat Tesco tempat aku nih..
Aku naik motor santai2 15 minit dah sampai.
Masuk bukak kedai pulak pukul 9.30 pagi
havoc jalanraya orang nak pegi keja dah habis.
Jalan dah clear.

Kadang pulak aku masuk duty jaga kedai Cuckoo nih,
Aku bawak laptop..sambil buat online.
Dah dua dalam satu punya kerja..
Korang rasa berapa sale aku dapat..?

Aa.. untuk makluman korang,
aku kerja jaga kedai Cuckoo ni 10 kali jer sebulan.
So.. ada 20 hari lagi tu aku mmng spend time dengan famili.
Giler best la kan..
Aku tengok wayang Munafik 2 baru ni hari Khamis..
Show pukul 2.30petang
Orang lain tengah kerja la bro..
Simple nya aku boleh katakan..
Aku kerja 10 hari, gajinya sama atau lebih banyak
dari gaji orang yg keja sebulan penuh.
Fleksibel time rasanya faktor utama
kenapa ramai orang nak jadi ejen Cuckoo.

Bila korang rasa jaga kedai Cuckoo nih nanti..
Korang akan rasa macam seorang peniaga.
Ada barang display kat situ..
KOrang ceritakan pada pelanggan pasal produk.
Dorang beli,.. komisen korang punya.

Aku rasa konsep ni bagus untuk bangsa Malaysia.
Belajar jaga kedai, belajar bercakap dengan customer
Belajar berniaga.
So.. jadi ejen Cuckoo ni sebenarnya adalah peniaga.
Tapi tak perlu apa2 modal..
Mmng berniaga ni lagi best dari kerja dengan company.

Aaa.. dah perasan kan..
Kalau korang nak join MLM
Atau kata la korang nak bukak kedai burger..
Atau kedai jual jambu ker..
Korang kena ada modal..
Nak keja industri pun kena ada modal kelayakan..
Kerja Cuckoo ni macam peniaga tapi ZERO MODAL..
Kelayakan akademik pun tak diperlukan.
Woahhh.. best ke best?

Tengok video bawah nih.. tengok apa dorang kata..

 

Korang dah teruja kan?

Tapi soalan seterusnya dalam kepala korang adalah..

“Boleh ker aku buat..!?”

 

Meh.. aku kongsikan satu tips..

Aku ni dulu penakut..Nak buat apa pun takut.

Apa yang biasa aku buat adalah bandingkan dengan orang lain.

Kalau orang lain boleh buat.. maknanya aku pun boleh buat..

Kalau orang lain makan kuih pelik tu tak mati.. :p 

Aku pun boleh makan kuih tu..  hehe..

So.. paham tak maksud aku?

Kebanyakan yang join Cuckoo ni adalah orang biasa.

Kebanyakan adalah surirumah, lepasan SPM, part timer, tak tau internet,n mereka yang takde basic marketing, tak pernah menjual, tak penah bukak kedai pun.. ko penah bukak kedai ker?

Tapi hari ni mereka buat duit 4,5 angka sebulan dengan Cuckoo tanpa modal atau pengalaman.

 

 

KLIK LOGO WASAP UTK SAYA DAFTARKAN