Tahu tak apa dia The Big Why

Salam sejahtera..

Aku rasa korang mesti pernah terdengar atau ternampak atau “ter” pegi seminar yang ada bercakap tentang The Big Why. Kalau dalam bahasa melayu dia ” Apakah yang mendorong anda tekad buat begitu..” hehehe.. lebih kurang gitu la maksudnya kan.

Big why ni selalu banyak ada dalam sessi motivasi, MLM, atau sekarang aku jumpa balik bila aku buat sales. Aku buat sales dengan Cuckoo. Takde gaji basic, ada komisen dan pasive income. Perlu ada BIG WHY.

BIG WHY ni gunanya utk push diri. Ianya mendefinasikan kenapa korang pergi kerja sungguh-sungguh setiap hari. Yang sungguh-sungguh saja tau. Kalau yang biasa2 kerja bertahun tu, yang tu ikut rat race jer sebenarnya. Lepas belajar orang semua kerja, kawen dan berfamili. So,, kita pun cari kerja, kawen dan berfamili. BIG WHY tidak apply disini.. Jika ada pun ianya impian, bukan BIG WHY. Sebab korang berada dalam Zon Selesa. Ianya musuh bagi BIG WHY. Jika korang dah rasa selesa, takde apa yang mendorong utk buat sesuatu dengan lebih gigih. Tiada.

BIG WHY apply bila korang kena berhenti kerja dan anak ada 11 orang, maka korang terdorong dan tekad untuk bekerja.. tak suruh pun korang akan pegi carik kerja. Bukan Zon Selesa lagi. Sebab korang tak sanggup apabila nanti salah sorang anak nak mintak makan pizza ko tak mampu bagi sebab ko ada RM3 jer dalam akaun bank, RM0.75 dalam poket. Sebab itulah ko paksa diri kerja dan paksa diri untuk jadi mampu. Maka anak ko tadi adalah ko punya BIG WHY.

Apa-apa pun yang mampu mendorong itu boleh jadi kita punya BIG WHY. Dan BIG WHY nih biasanya berlaku bila kita down. Bila kita rasa tak cukup. Bila kita rasa belum lagi mencapai KPI. Bila kita rasa penat, nak berhenti dan putus asa. Jika tiada BIG WHY dalam waktu begini, manusia akan putus asa dan hidup lebih derita mungkin bunuh diri. Nanti tangisan anak tidak diendahkan. Bila kesabaran sampai hadnya. Bila jiwa dah menyalahkan orang lain. Carilah BIG WHY korang.

Cuba korang carik apakah BIG WHY korang untuk waktu ini. Tuliskan apa dia.. dan gunakan lah sebagai pendorong untuk kita jadi hamba, manusia, ibubapa, adik, abang, sahabat yang lebih baik. Ianya tidak semestinya sesuatu yang terlalu Super Saiya Triple Galaksi Thanos pun, ianya mungkin sekadar tentang duit, mungkin hidup korang mmng susah.. tak salah BIG WHY nya begitu.. terpulang kepada korang. Jangan fikir terlalu besar. Nak panjat gunung memang kena melangkah dari kaki gunung (kecuali korang naik heli lah.). Mulakan dari BIG WHY yang small. Eh.. cemana pulak. hahaha.. maksud aku BIG WHY boleh berubah-ubah ikut suka korang. So.. tak kisah ada BIG WHY untuk 3 bulan. Dah capai sesuatu hasil, mungkin tukar BIG WHY lain. Asalkan hidup korang sentiasa “di pacu” oleh YOUR BIG WHY.. then its ok.

Serius,..

Allah ciptakan manusia sebenarnya suruh ikut fitrah manusia saja. Jadi jika belum sampai waktunya untuk korang fikir kenapa korang diciptakan ke dunia, maka stick with whats your BIG WHY for a week, a month, a house, or a vacation.. or even a glass of water (jual water filter kott.. kena la citer air jugak.. hahaha)

Di Cuckoopreneur -“When Your WHY is BIG Enough, I will Show You The HOW”

 

-Kayl Putra-